PENGENALAN SKUAD ANTIDADAH
Kesukarelawanan untuk masa depan bebas dadah
LATAR BELAKANG
SKUAD Antidadah adalah entiti kesukarelawanan bidang pencegahan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang ditubuhkan sejak 04 Julai 2011. Peranan SKUAD Antidadah adalah membantu kerajaan melaksanakan aktiviti dan program antidadah serta mempromosikan gaya hidup sihat sekaligus mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi penyalahgunaan dadah berbahaya seperti maksud Seksyen 6(h) Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004. Dalam masa sama, SKUAD Antidadah juga mendidik orang ramai untuk menentang penyalahgunaan dadah berbahaya.
OBJEKTIF
Kesedaran
Menyebarkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah
Sokongan
Memberi sokongan awal kepada individu yang menghadapi masalah dadah dan sosial
Promosi
Mempromosi gaya hidup sihat tanpa dadah
Sertai Kami Hari Ini
Jadilah sebahagian daripada perubahan positif dalam komuniti